SEJARAH PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling diperkenalkan di dalam sistem
persekolahan di Malaysia telah bermula pada awal tahun 1960an. Perkhidmatan
yang dilaksanakan ketika itu lebih
menitikberatkan bidang bimbingan kerjaya dan pelajaran. Untuk memberi
perkhidmatan bimbingan kerjaya dan pelajaran di sekolah-sekolah, kursus
pendedahan selama seminggu diadakan dari semasa ke semasa oleh Bahagian Sekolah
untuk guru-guru yang menjalankan tugas-tugas
bimbingan.
Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (1979)
menegaskan tentang pentingnya perkhidmatan bimbingan dipertingkatkan lagi di sekolah-sekolah seperti dinyatakan dalam
Perakuan 79.
“Adalah
diperakukan Perkhidmatan Panduan Pelajaran dan Kerjaya di sekolah hendaklah
dilaksanakan sepenuhnya. Perkhidmatan ini hendaklah menitikberatkan kegiatan-kegiatan
bimbingan dan tidak semata-mata kegiatan panduan kerjaya sahaja”
Kementerian
Pendidikan telah berusaha sejak tahun 1969 lagi untuk memberi latihan kepada
guru-guru yang
menjalankan kegiatan Bimbingan dan Kaunseling di
sekolah mereka.
Beberapa jenis
kursus telah diperkenalkan, di antaranya ialah
:
- Mulai
tahun 1969 guru-guru bimbingan diberi peluang menghadiri kursus pendedahan
bimbingan dan kaunseling anjuran Kementerian Pendidikan selama seminggu dalam
masa cuti penggal persekolahan. Kursus
ini dijalankan sehingga tahun 1982.
· Pada 27
September 1973, Surat Pekeliling Iktisas No. 1, Pengarah Bahagian Sekolah-
Sekolah, Kementerian Pendidikan telah mengarahkan Perkhidmatan Bimbingan dan
Kaunseling dijalankan atas nama Panduan Pelajaran, Panduan Kerjaya dan Panduan
Peribadi di Sekolah-Sekolah Menengah
Berasrama Penuh / Sains. Dua orang guru dari sekolah berkenaan telah dilatih
pada bulan April, 1973.
· Pekeliling
Iktisas Bil / 5 1976 bertarikh 5 Mei 1976 pula memberi arahan kepada semua Guru
Besar Sekolah Menengah untuk menyediakan kemudahan bilik dan Perkhidmatan
Panduan Pelajaran dan Kerjaya.
· Mulai
tahun 1980 Maktab Perguruan Ilmu Khas memperkenalkan Kursus Khas selama setahun
bagi guru-guru bimbingan untuk mendapatkan Sijil Perguruan Khas Bimbingan dan Kaunseling.
· Mulai
tahun 1982 Universiti Pertanian Malaysia mula memperkenalkan Ijazah Sarjana
Muda Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling) selama 4 tahun. Keutamaan diberi
kepada guru-guru yang mempunyai Sijil Perguruan Khas Bimbingan dan
Kaunseling serta berpengalaman mengajar selama 5 tahun
· Mulai
tahun 1982 juga, Bahagian Pendidikan Guru mula memperkenalkan Kursus Dalam Cuti
(KDC) bagi guru-guru bimbingan selama 7 atau 8 minggu semasa cuti penggal
persekolahan. Beberapa pusat KDC telah diwujudkan bagi menjayakan rancangan
tersebut.
· Mulai
tahun 1984, Maktab Perguruan Ilmu Khas mula memperkenalkan kursus khas selama 6
bulan bagi guru-guru bimbingan yang sudah menghadiri kursus KDC dan lulus
pangkat cemerlang untuk mendapatkan Sijil Perguruan Khas Bimbingan dan Kaunseling.
· Mulai
tahun 1987 Institut Perguruan Sultan Idris Tanjung Malim memulakan Kursus
Diploma Bimbingan dan Kaunseling selama setahun bagi guru-guru bukan siswazah.
· Mulai
tahun 1988, kursus Kejurulatihan Program Pembimbing Rakan Sebaya dimulakan oleh
Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands. Kursus ini ialah selama 3
bulan termasuk praktikum.
· Mulai
tahun 1989 kursus Perguruan Khas Bimbingan dan Kaunseling, Maktab Perguruan
Ilmu Khas, Cheras, Kuala Lumpur dipindahkan ke Institut Perguruan Darul Aman,
Jitra, Kedah.
· Mulai
tahun 1989, Universiti Putera Malaysia mengadakan program Pengajian Jarak Jauh
(PJJ) kepada guru-guru dalam bidang Bimbingan dan Kaunseling.
· Kursus KDPK (Kursus Diploma Perguruan Khas
Bimbingan dan Kaunseling – setahun di Maktab Perguruan dan 2 tahun di IPTA
(UPM, UKM dan UTM) dijalankan untuk 2 kumpulan mulai 1996-1999 dan 197-2000
oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
· Pelaksanaan
Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling secara rasminya bermula pada 1 Jun 1996.
Surat Pekeliling Iktisas Bil.3/96 dibaca bersama surat Bahagian Pembangunan
Organisasi dan Perkhidmatan Bil.KP (PP) 0051/22 bertarikh 26 Mac 1997 dan surat
Bil.KPPP 0051/22/(54) bertarikh 14 Mac 1997
· Mulai
bulan Ogos, kumpulan pertama guru-guru yang mempunyai ijazah, Diploma dan Sijil dalam bidang Bimbingan dan Kaunseling
dilantik sebagai Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa di sekolah menengah
seluruh negara.
· Mulai
tahun 2001, Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia dengan
kerjasama Institut Aminuddin Baki (IAB) telah mengendalikan Kursus Diploma
Perguruan Kaunseling selama 6 bulan. Ia bertujuan untuk menampung kekurangan
Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa di sekolah menengah.
· Perjawatan
Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa (GBKSM) sekolah menengah dan sekolah rendah adalah diluluskan
berdasarkan keputusan Jemaah Menteri bertarikh 11 Julai 2001. (Rujuk Surat
Bahagian Organisasi dan Perkhidmatan Bil.KP (PP) 0051/1/ Jld. 8 /(24) bertarikh
3 Ogos 2001).
|
Bilangan Murid
|
Bilangan
Guru Bimbingan dan Kaunseling
|
|
350
|
1
|
|
851 - 1350
|
2
|
|
1351 - 1850
|
3
|
|
1851 - 2350
|
4
|
|
2351 - 2850
|
5
|
|
2851 - 3350
|
6
|

Nisbah
Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh
Masa dengan Murid
di Sekolah Rendah
|
Bilangan Murid
|
Bilangan
Guru Bimbingan dan Kaunseling
|
|
500
|
1
|
|
501 - 1000
|
2
|
|
1001 - 1500
|
3
|
|
1501 - 2000
|
4
|
|
2001 - 2500
|
5
|
|
2501 - 3000
|
6
|
Nisbah
Guru Bimbingn dan Kaunseling Sepenuh
Masa dengan Murid di Sekolah
Menengah
· Waran perjawatan untuk Guru Bimbingan dan
Kaunseling Sepenuh Masa sekolah menengah dan sekolah rendah juga dikeluarkan
pada 11 Januari 2002, Bil. KP (PP) 0051/SJ’B’ Jld. 24/ (24) bertajuk Waran
Perjawatan Bil. S3 TAHUN 2002 yang membawa erti perjawatan ini perlu diisikan
dengan tepat dan mengikut tangga gaji yang telah diluluskan. Nisbah Guru Bimbingan
dan Kaunseling Sepenuh Masa kepada murid adalah 1 : 500 bermula dengan 350
orang murid di sekolah rendah.
·
Pada
Oktober 2001 Bahagian Pendidikan Guru dengan kerjasama maktab-maktab perguruan
seluruh negara telah menjalankan kursus 14 minggu bimbingan dan kaunseling kepada guru-guru sekolah
rendah. Ia bertujuan untuk dilantik sebagai guru bimbingan dan kaunseling
sepenuh masa di sekolah rendah.
· Pada
September 2002, kumpulan pertama guru sekolah rendah telah dilantik sebagai
Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa.
·
Pada Januari
2005, kumpulan pertama
guru lepasan KPLI Bimbingan dan KaunselinGg ditempatkan di sekolah rendah sebagai guru bimbingan dan kaunseling sepenuh masa.
·
Pada 24
Mac 2009, Sektor Pengurusan Kaunseling dan Disiplin ditubuhkan secara rasmi
bila Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan di bahagi kepada 2 sektor dalam
penstrukturan semua Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan
Malaysia. Sektor ini bertanggungjawab sepenuhnya kepada pelaksanaan
Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling kepada murid di seluruh negara secara rasmi.