PENGENALAN PRS
Pembimbing Rakan
Sebaya (PRS) ialah seorang murid yang telah dilatih dalam bidang kemahiran asas
komunikasi dan kaunseling. Ia berfungsi sebagai seorang kawan yang berkesan
kepada rakan sebaya, terutama kepada mereka yang memerlukan pertolongan. PRS
tidak berfungsi untuk memberi nasihat dan menyelesaikan masalah rakan-rakan
tetapi menjadi seorang pendengar yang peka kepada perasaan orang lain, berminat
dan mengambil berat serta rela memberi khidmat dalam sistem sekolah.
PRINSIP PERKHIDMATAN PRS
1.
Bersedia dan rela
membantu rakan yang memerlukan bantuan tanpa mengira agama, bangsa, jantina,
kedudukan, perlakuan dan fizikal.
2.
Perkhidmatan
Pembimbing Rakan Sebaya hendaklah dijalankan berdasarkan etika PRS .
FALSAFAH PRS
"BANTU DIRI SENDIRI DAN BANTU ORANG LAIN"
PRS harus dilengkapi dengan ilmu pengetahuan, perlakuan, perhubungan, kemahiran, kreativiti dan keimanan supaya berupaya untuk membantu orang lain.
MISI PRS
Membentuk dan melahirkan insan yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan cemerlang berdasarkan falsafah dan etika Pembimbing Rakan Sebaya.
VISI PRS
Sistem pengurusan perkhidmatan Pembimbing Rakan Sebaya yang cemerlang dan berkualiti.
MATLAMAT PRS
1.
Membina budaya kasih
mesra dan saling membantu dalam kalangan murid.
2.
Membina murid yang
yakin diri dan menghayati nilai-nilai murni berasaskan kepada kepercayaan
kepada Tuhan.
3.
Memupuk potensi atau
bakat kepimpinan dan menjadi individu yang peka, bertimbangrasa, rela, menolong
dan berupaya hidup selesa dalam masyarakat majmuk.
4.
Melalui pengaruh
positif dan persepaduan dalam aktiviti lain, PRS dapat memainkan peranan
membantu mengurangkan masalah salahlaku dalam kalangan murid.
OBJEKTIF PRS
1.
Membina pasukan PRS
yang terlatih untuk membantu rakan dari segi akademik, perlakuan, emosi dan
peribadi.
2.
Memberi khidmat
sokongan dalam perkhidmatan bimbingan kaunseling untuk mengisi pertambahan
tuntutan dalam perkhidmatan PRS.
3.
Melatih murid dalam
kemahiran asas yang membolehkan mereka berinteraksi secara berkesan dengan
rakan dan individu lain.
ETIKA PRS
PRS perlu patuh pada etika berikut:
1.
Amanah dan menyimpan
rahsia.
2.
Menerima dan
menghormati rakan dan orang lain.
3.
Tahu batasan dan
keupayaan diri.
4.
Sentiasa berusaha
meningkatkan diri dari pelbagai aspek.
5.
Melapor kepada Guru
Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa tentang kes yang boleh merosakkan diri
atau orang lain.
6.
Merujuk kes kepada
Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa.
7.
Mematuhi peraturan
sekolah dan norma masyarakat dan agama.
SENARAI TUGAS PRS
1.
Menjadi rakan yang
peka kepada perasaan orang lain dan keadaan sekeliling.
2.
Membantu menggerakkan perkhidmatan
bimbingan dan kaunseling di sekolah.
3.
Sebagai salah satu
sumber kepada rakan untuk mendapat bantuan.
4.
Sebagai penghubung
kepada khidmat bimbingan dan kaunseling seperti membuat rujukan jika
perlu.
5.
Sebagai peninjau rasa
untuk membolehkan Kaunselor/Guru Bimbingan dan Kaunseling menjalankan
strategi intervensi jika perlu.
6.
Sebagai Model Insan
kepada pelajar lain.
7.
Menjadi fasilitator
yang bersikap terbuka, yakin dan percaya diri, berasa selesa
dan berempati.
8.
Menerima rakan secara
terbuka dan tanpa syarat.
9.
Mendengar, menjelas
dan membantu rakan melihat beberapa alternatif sebelum membuat
keputusan.
10.
Memberi sokongan dan
galakan untuk rakan mengambil langkah positif.
11.
Mematuhi etika
kerahsiaan.
12.
Menyedari bahawa bukan
semua masalah boleh diatasi.
13.
Berbincang dan
membantu rakan yang menghadapi masalah biasa/normal.
14.
Memimpin rakan melihat
masalah dengan objektif dan mengalakkannya mencari
15.
Menjalankan program
membantu sambil mempengaruhi rakan lain supaya melibatkan diri.
Mengutamakan kesejahteraan
diri dan memahami batasan diri untuk membantu.
No comments:
Post a Comment