RASIONAL PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
1. Usaha-usaha
pencegahan peringkat awal persekolahan dapat membantu mengatasi gejala-gejala
di peringkat remaja. Oleh itu mengenalpasti masalah di peringkat awal dan
mencegahnya begitu perlu daripada berlarutan hingga ke sekolah menengah.
2. Kepentingan
sekolah-sekolah rendah sebagai asas pembentukan masa depan murid dari segi
pembangunan dan perkembangan sahsiah murid, peningkatan disiplin murid,
pendidikan kerjaya murid serta psikososial dan kesejahteraan mental murid.
3. Perkhidmatan
bimbingan dan kaunseling dapat memberi ruang kepada murid untuk mengenali dan
membangunkan diri sendiri.
4. Cabaran
masa kini memerlukan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang berkualiti,
sistematik dan berkesan.
No comments:
Post a Comment