Blog ini ditubuhkan bertujuan untuk memberi maklumat tentang perkhidmatan bimbingan dan kaunseling serta dokumentasi program dan aktiviti Unit Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Kebangsaan Sungai Korok Lama...

Monday, 4 April 2016

Prinsip perkhidmatan B&K

PRINSIP PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

1.  Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling adalah proses pendidikan yang terancang dan berterusan. Murid dididik atau dibimbing untuk mendapat dan mempelajari pengalaman, nilai, sikap, perlakuan dan kemahiran yang sesuai dengan kehendak masyarakat majmuk di Malaysia.

2.   Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling adalah untuk semua murid. Semua murid diberi peluang bagi mendapat pertolongan tanpa mengira latar belakang, kaum, agama atau kepercayaan.

3.       Semua murid mempunyai hak untuk mendapatkan pertolongan apabila mereka memerlukannya. Pada ketika tertentu seorang murid mungkin memerlukan pertolongan, sokongan dan bimbingan dalam proses perkembangan dirinya.


4.  Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling adalah untuk melayan keperluan murid bagi perkembangan potensi dan kebolehan mereka. Program bimbingan dan kaunseling adalah untuk melayan keperluan individu supaya berkembang dengan kadar optimum mengikut tahap perkembangan dirinya.

5.      b Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling adalah untuk menolong murid memahami dirinya dan orang lain dengan mendalam, menjelajah tujuan-tujuan hidupnya dan menolong memilih serta merancang hidupnya dengan berkesan.

6.    Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling berorientasikan masa sekarang dan masa depan. Usaha-usaha bimbingan dan kaunseling adalah untuk menjadikan murid itu lebih tegas diri, pandai menyesuaikan diri dan memahami implikasi tindakannya sekurang- kurangnya dalam jangka masa panjang.

7.      Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling menolong individu menyedari kelemahan diri dan memberi fokus kepada memperkukuhkan lagi kekuatan yang ada padanya melalui aktiviti-aktiviti perkembangan dan pencegahan.

8.      Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling adalah tanggungjawab bersama. Dalam melaksanakan program dan aktiviti bimbingan dan kaunseling, semua pihak di sekolah iaitu pentadbir, guru bimbingan dan kaunseling, guru-guru lain, ibu bapa dan murid patut bekerjasama dan saling berunding antara satu dengan lain.

9.   Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling, memerlukan pemahaman yang mendalam dan menyeluruh mengenai murid. Segala maklumat mengenai murid adalah perlu untuk membolehkan guru bimbingan dan kaunseling memahami murid secara menyeluruh supaya dapat memberi Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling yang berkesan.

10.       Setiap individu berbeza dari segi gaya, ketangkasan dan dorongan untuk belajar. Secara amnya cara belajar seseorang itu berbeza mengikut :
10.1.      Orientasi Deria
Melalui deria sentuhan, penghiduan, penglihatan, pendengaran dan rasa.

10.2.      Gerak Balas (Response)
Ada individu lebih selesa belajar secara bersendirian, dalam kelompok atau melalui pemerhatian sahaja.

10.3.      Corak Pemikiran
Cara individu mengumpul dan memproses maklumat untuk mencapai tujuan
tertentu.

11.       Pembentukan individu dipengaruhi oleh keseluruhan pengalaman dalam alam persekitarannya. Misalnya seorang murid yang dibesarkan di luar bandar, akan dapat dikesan sebagai berasal dari luar bandar, demikian juga disebaliknya. Oleh itu, bimbingan dan kaunseling boleh merupakan intervensi untuk mengurangkan perbezaan,tetapi ini bergantung kepada nilai,jangka masa dan di peringkat mana khidmat itu dimulakan. Bimbingan dan kaunseling dijalankan supaya individu berkemampuan menyelesaikan diri.


12.  Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling adalah untuk pengetahuan dan kesepaduan psikofizikal murid. Ini bermakna murid tidak boleh dilihat sebagai hanya manusia cognitif. Ia harus dilihat sebagai individu yang mempunyai perasaan, sikap, mental dan rohani. Sebarang aktiviti dan program bimbingan adalah untuk mewujudkan kesepaduan ini.


13.    Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling hendaklah dijalankan berdasarkan etika kaunseling. Mematuhi etika adalah untuk tujuan memelihara kebajikan murid.

No comments:

Post a Comment