Blog ini ditubuhkan bertujuan untuk memberi maklumat tentang perkhidmatan bimbingan dan kaunseling serta dokumentasi program dan aktiviti Unit Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Kebangsaan Sungai Korok Lama...

KENALI SKSKL


SEJARAH SEKOLAH
Sekolah Kebangsaan Sungai Korok Lama (SKSKL) sekarang dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan Sungai Korok  ( SKSK) yang beralamat di Persiaran Sultan Abdul Hamid 05050 Alor  Setar, Kedah Darul Aman dibuka pada tahun 1931 seramai 120 orang murid lelaki belajar di Tahun 3 dan 4 menggunakan lima bilik darjah. Enam orang guru termasuk guru besar. Sekolah ini juga dikenali sebagai Sekolah Tinggi.

Bangunan pertama diubah suai dengan sebelah bawahnya dijadikan pejabat dan bilik guru. Bangunan kedua pula dibina pada 1960-an dan dirobohkan pada tahun 1988 ( atas arahan Jabatan Kerja Raya kerana tidak selamat digunakan). Dibangunkan semula di atas tapak lama pada tahun 1989 dan digunakan pada tahun 1990. Bangunan ketiga dibina pada tahun 1984 dan digunakan pada 1985 yang mengandungi bangunan empat tingkat yang baru telah didirikan dalam tahun 2001. Mula digunakan dalam tahun 2002. Makmal Komputer sedang dalam prosese pembinaan.

Sekolah ini diberi tanggungjawab untuk mengadakan program Kelas Khas Bermasalah Pembelajaran (KKBP) sejak tahun 1991 dengan jumlah murid seramai 13 orang dan 3 orang guru

ALAMAT SEKOLAH
Sekolah Kebangsaan Sungai Korok Lama, Persiaran Sultan Abdul Hamid,
05050 Alor Setar, Kedah Darul Aman.

VISI SEKOLAH
Pendidikan berkualiti insan terdidik negara sejahtera

MISI SEKOLAH
Melestarikan sistem pendidikan yang berkualiti untuk membangunkan potensi individu bagi memenuhi aspirasi negara

MISI KURIKULUM
Menghasilkan murid yang membudayakan ilmu bagi mencapai kecemerlangan

MOTO SEKOLAH
ILMU SULUH HIDUP

SLOGAN SEKOLAH
Usaha, doa dan harapan

KOD SEKOLAH
KBA2040

DAERAH MGB
MGB KSS


No comments:

Post a Comment