Blog ini ditubuhkan bertujuan untuk memberi maklumat tentang perkhidmatan bimbingan dan kaunseling serta dokumentasi program dan aktiviti Unit Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Kebangsaan Sungai Korok Lama...

Monday, 4 April 2016

Pendekatan perkhidmatan B&K

PENDEKATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

1.    Pendekatan Bimbingan dan Kaunseling boleh dibahagikan kepada 4 pendekatan berikut :
1.1.            Pendekatan Pencegahan
Pendekatan ini berasaskan andaian bahawa satu-satu  masalah  itu mungkin timbul dan sebelum masalah itu meruncing, usaha dijalankan untuk menghalangnya. Misalnya, kempen dan pendidikan pencegahan AIDS dan kem waja diri.

1.2.            Pendekatan Perkembangan
Pendekatan ini merupakan satu usaha untuk mengenal pasti keperluan murid dialam persekolahan supaya mereka dilengkapi dengan pengetahuan, kemahiran, pengalaman serta akhlak yang mulia. Tugas dan perlakuan pembelajaran dikenal pasti dan dijelaskan kepada murid. Kemudian aktiviti bimbingan dirancang untuk melengkapi kurikulum akademik. Murid diberi peluang untuk belajar mengenali diri mereka dan orang lain sebelum timbul masalah dalam hidup mereka  contohnya  taklimat persediaan menghadapi peperiksaan dan ceramah motivasi.

1.3.            Pendekatan Pemulihan
Pendekatan ini memberi fokus kepada kekurangan atau masalah yang dapat dikenal pasti dari semasa ke semasa. Langkah  mengatasi  dijalankan dengan harapan murid mengubah perlakuan untuk  mengelakkan berlaku peristiwa krisis. Misalnya murid ponteng sekolah, merokok, melawan guru atau berkelahi. Mereka dikumpulkan untuk mengikuti sesi kaunseling kelompok atau menghadiri sesi kaunseling individu.

1.4.           Pendekatan Krisis

Pendekatan ini mengendalikan kes krisis yang  timbul secara mendadak dan memerlukan perhatian serta tindakan segera dari guru bimbingan dan kaunseling serta pihak pentadbir sekolah. Misalnya, murid yang bergaduh  di sekolah, mengalami histeria, menangis dengan tiba-tiba, cuba membunuh diri, menggunakan dadah atau yang sedang mengalami peristiwa cemas seperti kematian anggota keluarga, penceraian ibu bapa dan penderaan.

No comments:

Post a Comment