Blog ini ditubuhkan bertujuan untuk memberi maklumat tentang perkhidmatan bimbingan dan kaunseling serta dokumentasi program dan aktiviti Unit Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Kebangsaan Sungai Korok Lama...

Monday, 4 April 2016

SEJARAH PERKHIDMATAN B&K

SEJARAH PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling diperkenalkan di dalam sistem persekolahan di Malaysia telah bermula pada awal tahun 1960an. Perkhidmatan yang dilaksanakan ketika itu lebih menitikberatkan bidang bimbingan kerjaya dan pelajaran. Untuk memberi perkhidmatan bimbingan kerjaya dan pelajaran di sekolah-sekolah, kursus pendedahan selama seminggu diadakan dari semasa ke semasa oleh Bahagian Sekolah untuk guru-guru yang menjalankan tugas-tugas bimbingan.

Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (1979) menegaskan tentang pentingnya perkhidmatan bimbingan dipertingkatkan lagi di sekolah-sekolah seperti dinyatakan dalam Perakuan 79.

“Adalah diperakukan Perkhidmatan Panduan Pelajaran dan Kerjaya di sekolah hendaklah dilaksanakan sepenuhnya. Perkhidmatan ini hendaklah menitikberatkan kegiatan-kegiatan bimbingan dan tidak semata-mata kegiatan panduan kerjaya sahaja”

Kementerian Pendidikan telah berusaha sejak tahun 1969 lagi untuk memberi latihan kepada
guru-guru yang menjalankan kegiatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah mereka.

Beberapa jenis kursus telah diperkenalkan, di antaranya ialah :

  • Mulai tahun 1969 guru-guru bimbingan diberi peluang menghadiri kursus pendedahan bimbingan dan kaunseling anjuran Kementerian Pendidikan selama seminggu dalam masa cuti penggal persekolahan.  Kursus ini dijalankan sehingga tahun 1982.

 
·  Pada 27 September 1973, Surat Pekeliling Iktisas No. 1, Pengarah Bahagian Sekolah- Sekolah, Kementerian Pendidikan telah mengarahkan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling dijalankan atas nama Panduan Pelajaran, Panduan Kerjaya dan Panduan Peribadi di Sekolah-Sekolah Menengah Berasrama Penuh / Sains. Dua orang guru dari sekolah berkenaan telah dilatih pada bulan April, 1973.
 
·  Pekeliling Iktisas Bil / 5 1976 bertarikh 5 Mei 1976 pula memberi arahan kepada semua Guru Besar Sekolah Menengah untuk menyediakan kemudahan bilik dan Perkhidmatan Panduan Pelajaran dan Kerjaya.
 
·  Mulai tahun 1980 Maktab Perguruan Ilmu Khas memperkenalkan Kursus Khas selama setahun bagi guru-guru bimbingan untuk mendapatkan Sijil Perguruan Khas Bimbingan dan Kaunseling.
 
·  Mulai tahun 1982 Universiti Pertanian Malaysia mula memperkenalkan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling) selama 4 tahun. Keutamaan  diberi  kepada guru-guru yang mempunyai Sijil Perguruan Khas Bimbingan dan Kaunseling serta berpengalaman mengajar selama 5 tahun

·   Mulai tahun 1982 juga, Bahagian Pendidikan Guru mula memperkenalkan Kursus Dalam Cuti (KDC) bagi guru-guru bimbingan selama 7 atau 8 minggu semasa cuti penggal persekolahan. Beberapa pusat KDC telah diwujudkan bagi menjayakan rancangan tersebut.
 
·   Mulai tahun 1984, Maktab Perguruan Ilmu Khas mula memperkenalkan kursus khas selama 6 bulan bagi guru-guru bimbingan yang sudah menghadiri kursus KDC dan lulus pangkat cemerlang untuk mendapatkan Sijil Perguruan Khas Bimbingan dan Kaunseling.
 
·  Mulai tahun 1987 Institut Perguruan Sultan Idris Tanjung Malim memulakan Kursus Diploma Bimbingan dan Kaunseling selama setahun bagi guru-guru bukan siswazah.
 
·    Mulai tahun 1988, kursus Kejurulatihan Program Pembimbing Rakan Sebaya dimulakan oleh Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands. Kursus ini ialah selama 3 bulan  termasuk praktikum.
 
·   Mulai tahun 1989 kursus Perguruan Khas Bimbingan dan Kaunseling, Maktab Perguruan Ilmu Khas, Cheras, Kuala Lumpur dipindahkan ke Institut Perguruan Darul Aman, Jitra, Kedah.
 
·  Mulai tahun 1989, Universiti Putera Malaysia mengadakan program Pengajian Jarak Jauh (PJJ) kepada guru-guru dalam bidang Bimbingan dan Kaunseling.
 
·   Kursus KDPK (Kursus Diploma Perguruan Khas Bimbingan dan Kaunseling – setahun di Maktab Perguruan dan 2 tahun di IPTA (UPM, UKM dan UTM) dijalankan untuk 2 kumpulan mulai 1996-1999 dan 197-2000 oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
 
·   Pelaksanaan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling secara rasminya bermula pada 1 Jun 1996. Surat Pekeliling Iktisas Bil.3/96 dibaca bersama surat Bahagian Pembangunan Organisasi dan Perkhidmatan Bil.KP (PP) 0051/22 bertarikh 26 Mac 1997 dan surat Bil.KPPP 0051/22/(54) bertarikh 14 Mac 1997
 
·  Mulai bulan Ogos, kumpulan pertama guru-guru yang mempunyai ijazah, Diploma dan  Sijil dalam bidang Bimbingan dan Kaunseling dilantik sebagai Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa di sekolah menengah seluruh negara.
 
·   Mulai tahun 2001, Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama Institut Aminuddin Baki (IAB) telah mengendalikan Kursus Diploma Perguruan Kaunseling selama 6 bulan. Ia bertujuan untuk menampung kekurangan Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa di sekolah menengah.
 
·   Perjawatan Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa (GBKSM) sekolah  menengah dan sekolah rendah adalah diluluskan berdasarkan keputusan Jemaah Menteri bertarikh 11 Julai 2001. (Rujuk Surat Bahagian Organisasi dan Perkhidmatan Bil.KP (PP) 0051/1/ Jld. 8 /(24) bertarikh 3 Ogos 2001).




Bilangan Murid
Bilangan Guru Bimbingan dan Kaunseling
350
1
851 - 1350
2
1351 - 1850
3
1851 - 2350
4
2351 - 2850
5
2851 - 3350
6
Nisbah Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa dengan Murid di Sekolah Rendah

Bilangan Murid
Bilangan Guru Bimbingan dan Kaunseling
500
1
501 - 1000
2
1001 - 1500
3
1501 - 2000
4
2001 - 2500
5
2501 - 3000
6
Nisbah Guru Bimbingn dan Kaunseling Sepenuh Masa dengan Murid di Sekolah Menengah


·        Waran perjawatan untuk Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa sekolah menengah dan sekolah rendah juga dikeluarkan pada 11 Januari 2002, Bil. KP (PP) 0051/SJ’B’ Jld. 24/ (24) bertajuk Waran Perjawatan Bil. S3 TAHUN 2002 yang membawa erti perjawatan ini perlu diisikan dengan tepat dan mengikut tangga gaji yang telah diluluskan. Nisbah Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa kepada murid adalah 1 : 500 bermula dengan 350 orang murid di sekolah rendah.

·         Pada Oktober 2001 Bahagian Pendidikan Guru dengan kerjasama maktab-maktab perguruan seluruh negara telah menjalankan kursus 14 minggu bimbingan  dan kaunseling kepada guru-guru sekolah rendah. Ia bertujuan untuk dilantik sebagai guru bimbingan dan kaunseling sepenuh masa di sekolah rendah.

·    Pada September 2002, kumpulan pertama guru sekolah rendah telah dilantik sebagai Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa.

·         Pada Januari 2005, kumpulan pertama guru lepasan KPLI Bimbingan dan KaunselinGg ditempatkan di sekolah rendah sebagai guru bimbingan dan kaunseling sepenuh masa.


·         Pada 24 Mac 2009, Sektor Pengurusan Kaunseling dan Disiplin ditubuhkan secara rasmi bila Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan di bahagi kepada 2 sektor dalam penstrukturan semua Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia. Sektor ini bertanggungjawab sepenuhnya kepada pelaksanaan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling kepada murid di seluruh negara secara rasmi.

No comments:

Post a Comment