Blog ini ditubuhkan bertujuan untuk memberi maklumat tentang perkhidmatan bimbingan dan kaunseling serta dokumentasi program dan aktiviti Unit Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Kebangsaan Sungai Korok Lama...

Wednesday, 27 April 2016

Lagu rasmi Pembimbing Rakan Sebaya

Pembimbing Rakan Sebaya
menawar khidmat bakti
menjana kegemilangan
wawasan Negara

Kami berdiri megah
dengan tekad dan harapan
membantu dan membimbing
penuh kasih mesra

korus

PRS pemangkin
masyarakat penyayang
berilmu beramal,bentuk jati diri
amanah diberi,janji ditepati
amalan mulia,jadikan panduan

Pembimbing Rakan Sebaya
siap sedia berjasa
membentuk dan membina
hidup yang bermakna


Pengenalan Pembimbing rakan sebaya

PENGENALAN PRS
Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) ialah seorang murid yang telah dilatih dalam bidang kemahiran asas komunikasi dan kaunseling. Ia berfungsi sebagai seorang kawan yang berkesan kepada rakan sebaya, terutama kepada mereka yang memerlukan pertolongan. PRS tidak berfungsi untuk memberi nasihat dan menyelesaikan masalah rakan-rakan tetapi menjadi seorang pendengar yang peka kepada perasaan orang lain, berminat dan mengambil berat serta rela memberi khidmat dalam sistem sekolah.


PRINSIP PERKHIDMATAN PRS

1.    Bersedia dan rela membantu rakan yang memerlukan bantuan tanpa mengira agama, bangsa, jantina, kedudukan, perlakuan dan fizikal.
2.    Perkhidmatan Pembimbing Rakan Sebaya hendaklah dijalankan berdasarkan etika PRS .

FALSAFAH PRS

"BANTU DIRI SENDIRI DAN BANTU ORANG LAIN"

PRS harus dilengkapi dengan ilmu pengetahuan, perlakuan, perhubungan, kemahiran, kreativiti dan keimanan supaya berupaya untuk membantu orang lain.

MISI PRS
Membentuk dan melahirkan insan yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan cemerlang berdasarkan falsafah dan etika Pembimbing Rakan Sebaya.


VISI PRS
Sistem pengurusan perkhidmatan Pembimbing Rakan Sebaya yang cemerlang dan berkualiti.

MATLAMAT PRS
1.    Membina budaya kasih mesra dan saling membantu dalam kalangan murid.
2.    Membina murid yang yakin diri dan menghayati nilai-nilai murni berasaskan kepada kepercayaan kepada Tuhan.
3.    Memupuk potensi atau bakat kepimpinan dan menjadi individu yang peka, bertimbangrasa, rela, menolong dan berupaya hidup selesa dalam masyarakat majmuk.
4.    Melalui pengaruh positif dan persepaduan dalam aktiviti lain, PRS dapat memainkan peranan membantu mengurangkan masalah salahlaku dalam kalangan murid.

OBJEKTIF PRS
1.    Membina pasukan PRS yang terlatih untuk membantu rakan dari segi akademik, perlakuan, emosi dan peribadi.
2.    Memberi khidmat sokongan dalam perkhidmatan bimbingan kaunseling untuk mengisi pertambahan tuntutan dalam perkhidmatan PRS.
3.    Melatih murid dalam kemahiran asas yang membolehkan mereka berinteraksi secara berkesan dengan rakan dan individu lain.


ETIKA PRS
PRS perlu patuh pada etika berikut:

1.    Amanah dan menyimpan rahsia.
2.    Menerima dan menghormati rakan dan orang lain.
3.    Tahu batasan dan keupayaan diri.
4.    Sentiasa berusaha meningkatkan diri dari pelbagai aspek.
5.    Melapor kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa tentang kes yang boleh merosakkan diri atau orang lain.
6.    Merujuk kes kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa.
7.    Mematuhi peraturan sekolah dan norma masyarakat dan agama.

SENARAI TUGAS PRS
1.    Menjadi rakan yang peka kepada perasaan orang lain dan keadaan sekeliling.
2.    Membantu menggerakkan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah.
3.    Sebagai salah satu sumber kepada rakan untuk mendapat  bantuan.
4.    Sebagai penghubung kepada khidmat bimbingan dan kaunseling seperti membuat rujukan jika perlu.
5.    Sebagai peninjau rasa untuk membolehkan Kaunselor/Guru Bimbingan dan Kaunseling menjalankan strategi intervensi jika perlu.
6.    Sebagai Model Insan kepada pelajar lain. 
7.    Menjadi fasilitator yang bersikap terbuka, yakin dan percaya diri,  berasa selesa dan berempati.
8.    Menerima rakan secara terbuka dan tanpa syarat.
9.    Mendengar, menjelas dan membantu rakan  melihat beberapa alternatif sebelum membuat keputusan.
10.  Memberi sokongan dan galakan untuk rakan mengambil langkah positif.
11.  Mematuhi etika kerahsiaan.
12.  Menyedari bahawa bukan semua masalah boleh diatasi.
13.  Berbincang dan membantu rakan yang menghadapi masalah biasa/normal.
14.  Memimpin rakan melihat masalah dengan objektif dan mengalakkannya mencari 
15.  Menjalankan program membantu sambil mempengaruhi rakan lain supaya melibatkan diri.
Mengutamakan kesejahteraan diri dan memahami batasan diri untuk membantu.

Monday, 25 April 2016

Ceramah PPDa daripada wakil Penjara Pokok Sena

Ceramah PPDa
daripada 
Wakil Penjara Pokok Sena

"Dadah membawa padah"

Tarikh : 30 Mac 2016
Hari : Khamis
Masa : 1.30 ptg - 3.00 ptg
Tempat : Dewan terbuka SK Sungai Korok Lama

Objektif
i.  Meningkatkan  kesedaran kepada pelajar tentang bahaya mengambil dan menggunakan bahan terlarang ini.
ii.      Memberi pengetahuan umum kepada warga sekolah tentang bahan terlarang ini.
iii.   Mendidik remaja khususnya para pelajar mengawal diri dari mengambil bahan terlarang ini untuk keseronokan.
iv.    Menanam sikap benci rokok/dadah.
v.      Mewujudkan gaya hidup sihat tanpa rokok, dadah dan bahan terlarang.
vi.    Supaya pelajar faham bahawa penyalahgunaan bahan terlarang ini menjadi punca keruntuhan akhlak remaja dan satu ancaman keselamatan pada hari ini dan akan datang.












Pameran bilik PPDa SK Sungai Korok Lama

Pameran Bilik PPDa Sk Sungai Korok Lama
& kerjasama daripada
Pihak Penjara Pokok Sena, Kedah


Tarikh : 30 Mac 2016
Hari : Rabu












Monday, 18 April 2016

Personaliti diri berdasarkan buah-buahan

ingin kenali personaliti diri berdasarkan buah-buahan?

klik sini

Personaliti diri berdasarkan corak

Ingin kenali personaliti diri berdasarkan corak?

klik sini

Personaliti diri berdasarkan gambar pokok

dikongsi daripada blog dunia itu sfera


|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

Nombor 1
Anda seorang yang pemurah dan bermoral. Anda selalu berusaha membaiki diri. Bercita-cita besar dan mempunyai standard yang tinggi. Orang lain mungkin merasakan susah berkomunikasi dengan anda, tetapi bagi anda, sebenarnya susah untuk anda menjadi diri sendiri. Anda bekerja dengan sangat kuat tetapi tidak mementingkan diri. Anda bekerja kerana anda ingin mengubah dunia. Anda berkemampuan untuk mencintai orang sehingga mereka menyakiti anda. Sekalipun demikian, anda akan masih menyintainya. Hanya sedikit orang yang dapat menghargai segala yang anda lakukan. 

Nombor 2
Anda seorang yang menyeronokkan dan jujur. Anda sangat bertanggungjawab dan suka menjaga orang lain. Anda percaya bahawa kita perlu sentiasa bersikap jujur dalam setiap pekerjaan. Anda mempunyai personaliti yang baik dan orang akan cepat mempercayai anda. Anda juga bijak serta cepat berfikir. Sentiasa ada cerita menarik untuk anda kongsikan.

Nombor 3
Anda seorang yang bijak dan suka berfikir. Anda adalah pemikir yang hebat. Bagi anda, akal fikiran dan idea adalah sangat penting. Anda suka berfikir mengenai teori dan pandangan anda berseorangan. Anda juga jenis orang yang introvert. Anda hanya dapat menyesuaikan diri dengan orang yang suka berfikir dan belajar seperti anda. Anda juga banyak berfikir tentang moraliti. Sentiasa cuba melakukan yang elok pada fikiran anda, sekalipun majoriti menentang anda.

Nombor 4
Anda seorang yang perseptif dan berfalsafah. Anda unik dan berbeza dengan orang lain. Anda juga seorang yang mengikut naluri dan aneh sedikit. Selalu disalahanggap oleh orang lain, dan ianya menyakitkan hati anda. Anda perlukan ruang untuk diri anda. Kreativiti anda perlu diasah, dan ianya memerlukan anda menghormati orang lain. Anda adalah orang yang dapat melihat baik dan buruk dalam hidup dengan jelas. Anda sangat emosional.

Nombor 5
Anda jenis yang yakin dan menguasai keadaan. Anda sangat berdikari. Prinsip hidup anda 'Saua akan lakukan dengan cara saya'. Anda seorang yang bergantung pada diri sendiri dan tahu bagaimana untuk menjadi tabah pada diri sendiri dan orang yang anda cintai. Anda cukup tahu apa yang anda nak dan anda tidak takut untuk mengejar impian anda. Satu perkara yang anda perlukan dari orang lain ialah kejujuran. Anda juga cukup kuat untuk menerima kebenaran. 

Nombor 6
Anda seorang yan baik dan sensitif. Orang lain cepat dapat bergaul dengan anda. Anda mempunyai ramai rakan dan suka membantu mereka. Anda mempunyai aura yang baik sehingga semua orang gembira untuk berada di sisi anda. Setiap hari, anda memikirkan cara memperbaiki diri untuk menjadi lebih baik. Anda mahu menjadi lebih menarik, tersendiri dan unik. Lebih daripada orang lain di dunia, anda sangat memerlukan cinta. Malah termasuk mencintai orang yang tidak mencintai anda.

Nombor 7
Anda seorang yang ceria dan sentiasa gembira. Anda sangat sensitif tetapi juga sangat memahami. Anda pendengar yang baik dan tahu untuk tidak bersikap menyebelahi sesiapa. Anda lebih terbuka dengan orang yang baru anda kenali dan di majlis-majlis. Anda sangat kebal daripada stress dan sangat jarang untuk merasa bimbang. Kebiasaaannya, anda sentiasa relaks. Anda sentiasa ada masa untuk berseronok dan tidak hilang tujuan.

Nombor 8
Anda seorang yang menawan dan bertenaga. Anda seorang yang menyeronokkan dan tahu untuk membuatkan orang ketawa. Anda sentiasa tenang dan selesa menjalani kehidupan anda. Anda seorang spontan dan enthusiastic. Tidak pernah mengatakan tidak kepada cabaran baru. Biasanya anda akan mengejutkan orang sekeliling anda pada akhirnya. Tetapi, itulah anda. Sentiasa menjadi diri sendiri. Mempunyai banyak minat dan jika menunjukkan minat pada sesuatu, anda akan cuba buat dengan sebaik mungkin.

Nombor 9
Anda seorang yang optimistik dan bernasib baik. Anda percaya bahawa hidup adalah satu anugerah dan sentiasa cuba untuk mencapai sebanyak mungkin dan meletakkan anugerah ini pada tempat yang sepatutnya. Anda sangat bangga dengan pencapaian anda. Anda juga sentiasa bersedia untuk setia dengan orang yang anda sayang. Anda mempunyai pendekatan hidup yang sihat. Anda gunakan sebarang peluang untuk memaafkan, terus belajar dan membesar kerana anda percaya hidup adalah terlalu pendek untuk membiarkan ianya berlalu begitu sahaja.

Sunday, 10 April 2016

Think Positive

"Saya berasa semua orang tidak menyukai saya"

"kenapa saya tidak disukai?"

"Semua orang mesti suka saya"

"Semua orang seperti menyalahi saya"

"Saya tak patut dibenci"


Pernah anda rasa begini?
Pernah anda selalu menyalahi diri sendiri kerana tidak disukai oleh orang lain?

INI ADALAH BIASA

Pemimpin yang adil ada musuh,
individu yang baik ada musuh,
individu yang pandai ada musuh,
individu yang alim ada musuh,
individu yang jahat ada musuh...

individu yang tidak sukai anda pada hari ini mungkin akan menjadi 
sahabat anda pada suatu hari nanti.

individu yang menyukai anda pada hari ini mungkin akan menjadi 
gunting dalam lipatan pada suatu hari nanti.

individu yang menghina, mengherdik, mengkritik dan membenci anda pada hari ini 
mungkin akan menjadi penyebab anda berjaya pada suatu hari nanti.

individu yang memuji dan melayan anda dengan baik pada hari ini 
mungkin akan menjadi penyebab anda gagal pada suatu hari nanti.

oleh itu, anda perlu faham bahawa tidak semua perlu sempurna.

dalam setiap kecacatan ada ruang untuk kita berubah.
dan dalam setiap kesusahan ada peluang untuk kita berjaya

sentiasa cemin diri anda dan perbaiki kelemahan diri.
Kita tidak mampu memperbaiki orang lain, tetapi kita mampu memperbaiki diri sendiri.



by : Cikgu Pidot

Kekecewaan !!!???

Hari ini saya berasa sangat kecewa...
kecewa punca saya lemah...
saya tidak mahu hidup kerana kecewa...
tiada jalan keluar bagi saya kerana saya sudah kecewa...
biarkan saja saya, kecewa buatkan saya begini...
saya sangat kecewa dengan orang lain...

Pernah anda berasa begini?

Pernah anda berasa kecewa sehingga tertekan dan termenung dengan kekecewaan?

KECEWA ITU BIASA

individu yang hebat pernah kecewa,
individu yang berpangkat pernah kecewa,
individu yang jutawan pernah kecewa,
individu yang berjaya pernah kecewa,
pemimpin yang hebat pernah kecewa...

tapi apa yang membuatkan mereka menjadi individu yang berjaya?
mereka tidak pernah BERPUTUS ASA...

JADI MEREKA ADALAH LUAR BIASA...


by : Cikgu Pidot

Tuesday, 5 April 2016

PELANCARAN PROGRAM NILAM, MENTOR MENTEE NILAM DAN PERASMIAN PUSAT SUMBER SEKOLAH


PELANCARAN PROGRAM NILAM, MENTOR MENTEE NILAM DAN PERASMIAN PUSAT SUMBER SEKOLAH

TARIKH
04 Februari 2016 (Khamis)

MASA / HARI
7.30 Pagi – 8.45 Pagi (Khamis)

TEMPAT
Dewan Terbuka dan Pusat Sumber SKSKL

OBJEKTIF
·         Meningkatkan Bilangan Bacaan Murid Melalui Program NILAM.


·         Memberi Kesedaran Kepada Murid Untuk Meningkatkan Maklumat Dan Ilmu Melalui Program NILAM

Ucapan perasmian daripada En Fakrul Azman Mansor, Penolong Pengarah Unit Pusat Sumber Pendidikan, BTPN Kedah

 
Ucapan daripada Puan Azlina Akhbar Ali, Guru Penasihat Program NILAM SKSKL

Persembahan Koir Lagu NILAM daripada murid-murid tahun 5 dan 6 Knowledge


Gimik pelancaran Program NILAM


Pelancaran Perasmian Pusat Sumber Sekolah


En Fakrul Azman Mansor menandatangani buku pelawat Pusat Sumber SKSKL.


Penyampaian cenderamata daripada Guru Besar SKSKL, Puan Zariha kepada Penolong Pengaran Unit Pusat Sumber Pendidikan, BTPN Kedah.


Bengkel motivasi jati diri "fun for success"

BENGKEL MOTIVASI JATI DIRI
"FUN FOR SUCCESS"

TARIKH: 
17 Februari 2016

MASA & HARI: 
2.00 petang – 5.00 petang (Rabu)

TEMPAT:
Dewan terbuka, Sekolah Kebangsaan Sungai Korok Lama

OBJEKTIF:
-Meningkatkan motivasi diri murid agar lebih berfikiran optimistik dan realistik
-Memberikan kemahiran belajar yang lebih bijak dan berkesan kepada murid
-Memberikan kemahiran pengurusan masa yang sistematik kepada murid
-Memberikan kemahiran mengawal emosi yang berkesan agar murid sentiasa
dalam keadaan yang stabil dan mampu berfikir secara rasional sepanjang masa.

















"ANYTHING IS NOT IMPOSSIBLE, BELIEVE IN YOURSELF"


Mengawal emosi menggunakan teknik TOSS

Anda diejek? 
anda rasa marah?
tak boleh kawal emosi?

Mari gunakan teknik TOSS untuk mengawal perasaan marah anda...

TOSS
T : Tenang
O : Optimistik
S : Sopan
S : Senyum

TENANG
Apabila ada individu mengejek anda dan mengkritik anda, langkah pertama yang anda perlu buat ialah tenang dan sabar.

OPTIMISTIK
Langkah kedua, anda berfikiran optimistik dengan mengatakan kata-kata yang positif di dalam hati anda.

"saya sabar, saya dapat pahala, dia kutuk, dia dapat dosa"

"Allah sentiasa ada bersama aku"

"orang yang bersabar disayangi oleh Allah S.W.T"

SOPAN
Langkah ketiga, anda boleh mengujarkan ayat-ayat yang sopan kepada individu terbabit untuk menerangkan sesuatu pendapat atau untuk memberhentikan komunikasi.

"saya faham maksud kamu, tetapi ini adalah idea saya dan saya harap anda hormati saya"

"saya berasa sangat sakit hati dengan ejekan kamu, boleh kamu berhenti atau saya akan ambil tindakan".

SENYUM
Apabila anda sudah berkata dengan sopan, berikan senyuman untuk menenangkan pihak musuh dan hati anda. Sesungguhnya senyuman itu adalah penawar kepada kedukaan.


 by : Cikgu Safuan & Cikgu Pidot

Monday, 4 April 2016

Tanggungjawab guru bimbingan & kaunseling

A.   Tanggungjawab Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa Terhadap Klien
1.  Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa bertanggungjawab untuk mengutamakan kepentingan klien, sama ada klien individu atau klien kelompok.

2.  Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah menghormati privasi klien dan merahsiakan segala maklumat yang diperoleh semasa sesi kaunseling melainkan maklumat yang akan membahayakan klien atau orang-orang dipersekitarannya.

3.  Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah memahami dan  menghormati latar belakang sosio-budaya klien.

4.  Semasa menjalankan sesi kaunseling, Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah memelihara kesejahteraan fizikal dan psikologi klien dan tidak memperalatkan klien untuk kepentingan diri sendiri sama ada dari segi kewangan, seksual, emosi dan sebagainya.

5.  Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah membimbing klien ke arah pembentukan sikap bertanggungjawab terhadap tingkahlakunya. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa juga perlu menghormati keputusan atau penentuan kendiri yang dibuat oleh klien.

6.  Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah berkhidmat dengan penuh dedikasi, ikhlas, jujur dan membuktikan kemahiran serta kecekapan profesionalismenya.

7.  Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa tidak boleh mengamalkan, mempersetujui atau menggalakkan diskriminasi berasaskan ras, jantina, agama, status idealogi, kecatatan fizikal, mental atau diskriminasi dalam bentuk apa sekalipun.

8.  Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah menjelaskan kepada klien mengenai keperluan, proses dan implikasi perkhidmatan kaunseling.


9.  Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah mencapai persetujuan (kontrak) dengan kliennya diperingkat awal sesi kaunseling mengenai batasan unsur kerahsiaan.

10. Persetujuan antara Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa dan klien mengenai kerahsiaan boleh disemak semula dan diubah dengan persetujuan bersama.

11. Dalam kes yang jelas terbukti bahawa klien atau orang lain berada dalam keadaan bahaya, Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah menggunakan budi bicaranya untuk menjaga kepentingan klien dan orang lain yang terlibat.

12. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa tidak digalakkan memberi perkhidmatan kaunseling kepada saudara mara, kawan karib, atau sesiapa yang mempunyai  hubungan intim dengannya atau mempunyai hubungan dengan pihak pentadbiran yang membuat penilaian.

13. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa tidak boleh menghalang klien yang hendak menamatkan sesi kaunseling atau ingin bertukar kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa yang lain.

14. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah memastikan bahawa  kliennya tidak menjalani kaunseling dengan Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa yang lain pada masa yang sama.

15. Sekiranya mengikut pertimbangan Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa, klien memerlukan perkhidmatan luar daripada bidang kepakarannya hendaklah merujuk klien tersebut kepada pihak yang berkenaan.

16. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah menyediakan tempat yang selesa dan sesuai untuk sesi kaunseling. Klien tidak seharusnya diperhatikan oleh orang luar melainkan dengan kebenarannya, termasuk juga sesi kaunseling yang dirakam.

B.      Tanggungjawab Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa Terhadap Rakan Profesional

1.  Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah sentiasa meningkatkan  tahap kecekapan profesionalismenya.

2.     Guru   Bimbingan   dan   Kaunseling   Sepenuh   Masa   hendaklah   menunjukkan  sikap menghormati, adil dan terbuka terhadap rakan profesionalnya.

3.  Guru Bimbingan dan Kunseling Sepenuh Masa bertanggungjawab untuk mencegah, mendedahkan serta memperbetulkan perlakuan rakan Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa yang tidak beretika.

4.                          Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah bersedia untuk mempertahankan, membantu serta membela rakan . Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa yang teraniaya akibat tuduhan dan tohmahan perlakuan yang tidak beretika.


C.      Tanggungjawab Guru Bimbingan dan kaunseling Sepenuh Masa terhadap Masyarakat
1.  Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah memahami dan menghormati unsur sosio-budaya masyarakat di mana dia berkhidmat.

2.         Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah mematuhi undang-undang negara dan melaksana tugasannya berlandaskan undang-undang tersebut.

D.       Tanggungjawab Terhadap Organisasi Dan Majikan
1.                     Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah mematuhi persetujuan komitmen yang ditandatangani dengan organisasi tempat dia berkhidmat.

2.  Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah berusaha mengikuti polisi  dan prosedur serta meningkatkan kecekapan dan keberkesanan perkhidmatan organisasinya.

3.  Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah mencegah berlakunya diskriminasi dalam organisasi dan dalam pelaksanaan polisi amalan pekerjaan.

4.  Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa tidak boleh menyalahgunakan kemudahan dan sumber organisasinya.

5.                                                             Guru   Bimbingan   dan   Kaunseling   Sepenuh   Masa   hendaklah   menjelaskan  bidang
kepakaran dan tahap kecekapan profesionalnya.

6.  Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah mewujudkan hubungan interpersonal dan persetujuan kerja dengan penyelia dan stafnya mengenai khidmat kaunseling khususnya mengenai unsur kerahsiaan, perbezaan antara fakta umum atau peribadi, beban kerja dan akauntabiliti.

7.  Guru Bimbingan dan kaunseling Sepenuh Masa hendaklah memberitahu kepada pihak majikan tentang keadaan yang boleh menyebabkan konflik yang boleh merosakkan atau menyekat keberkesanan perkhidmatannya.

8.  Guru Bimbingan dan kaunseling Sepenuh Masa hendaklah membenarkan dirinya dinilai secara profesional oleh Jemaah Nazir Sekolah dari masa ke masa.

9.             Guru Bimbingan dan kaunseling Sepenuh Masa hendaklah bersama-sama bertanggungjawab ke atas peningkatan kerjaya untuk diri dan stafnya.

E.     Tanggungjawab Pentadbir (Pengetua/Guru Besar)
i)         Terhadap Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa
1.              Memberi taklimat, penerangan dan bimbingan berkaitan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang baru dilantik.

2.                    Berbincang mengenai budaya sekolah, visi dan misi sekolah serta keperluan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang mampu memenuhi kecemerlangan sekolah keseluruhannya.


3.      Berbincang dari masa ke semasa berhubung senarai tugas, bidang tugas dan  program yang hendak dijalankan.

4.   Membantu dalam proses pembentukan konsep kendiri, keyakinan diri, personaliti dan penampilan diri guru bimbingan dan kaunseling.

5.             Memantau dan menilai kemampuan dan penampilan guru bimbingan dan kaunseling dari pandangan semua pihak dari masa ke semasa, dan berusaha meningkatkannya.

6.    Memastikan Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa menjalankan perkhidmatannya berdasarkan Buku Panduan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Rendah dan Menengah.

7.   Melaporkan segera pergerakan guru bimbingan dan kaunseling ke Jabatan Pendidikan berdasarkan borang pelaporan yang diberikan. (Rujukan Rekod Laporan Pergerakan)

8.      Memastikan Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa tidak diberi jadual waktu mengajar dan tugas lain yang boleh menjejaskan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling seperti Penyelaras Kokurikulum, Ketua Jurulatih Permainan, Ketua Penasihat Kelab, Guru Biasiswa dan kerja-kerja perkeranian yang lain.

9.              Membantu peningkatan tahap profesionalisme guru bimbingan dan kaunseling.

10.       Menggalakkan Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa menjalankan kajian bagi mengenalpasti keperluan perkhidmatan, punca masalah, strategi kecemerlangan dan data-data terkini mengenai status kes.

11.       Bagi sekolah yang mempunyai lebih seorang Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa, pihak pentadbir hendaklah mengagihkan tugas berpandukan senarai tugas dalam buku panduan. Seorang ketua hendaklah dilantik dalam kalangan Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa di sekolah berkenaan berdasarkan kekananan atau senioriti.

ii)           Terhadap Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling
1.      Membantu dan bekerjasama dalam usaha awal perkhidmatan bimbingan dan kaunseling seperti penubuhan jawatankuasa, pemilihan bilik, kemudahan perkhidmatan lain dan perancangan program.

2.      Memantau buku rekod perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sekurang-kurangnya sekali seminggu seperti guru akademik lain.

3.   Membantu usaha mewujudkan sebuah bilik bimbingan dan kaunseling yang kondusif, strategik, teraputik dan memenuhi kualiti Kementerian Pendidikan Malaysia.

4.    Memantau perkhidmatan bimbingan dan kaunseling secara keseluruhannya berdasarkan Instrumen Pemantauan Perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling Sekolah Menengah dan Rendah.


 5.  Memberikan sokongan, kerjasama dan bantuan untuk menjalankan aktiviti program dan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling.

6.    Memastikan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dijalankan secara optimum dan menyeluruh serta dapat menyumbang ke arah kesejahteraan dan kecemerlangan sekolah.

7.        Memastikan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dijalankan berdasarkan senarai tugas, bidang tugas dan tidak melanggar  Kod Etika Kaunseling Sekolah.

8.        Memastikan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dijalankan berdasarkan Buku Panduan Pengurusan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Rendah dan Menengah, Kementerian Pendidikan Malaysia.


9.      Memastikan peruntukan Geran Perkapita (PCG) Bimbingan dan Kaunseling  digunakan sepenuhnya untuk aktiviti dan pengurusan bimbingan dan kaunseling, berasaskan peraturan kewangan sedia ada.