Blog ini ditubuhkan bertujuan untuk memberi maklumat tentang perkhidmatan bimbingan dan kaunseling serta dokumentasi program dan aktiviti Unit Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Kebangsaan Sungai Korok Lama...

Wednesday, 27 April 2016

Lagu rasmi Pembimbing Rakan Sebaya

Pembimbing Rakan Sebaya
menawar khidmat bakti
menjana kegemilangan
wawasan Negara

Kami berdiri megah
dengan tekad dan harapan
membantu dan membimbing
penuh kasih mesra

korus

PRS pemangkin
masyarakat penyayang
berilmu beramal,bentuk jati diri
amanah diberi,janji ditepati
amalan mulia,jadikan panduan

Pembimbing Rakan Sebaya
siap sedia berjasa
membentuk dan membina
hidup yang bermakna


Pengenalan Pembimbing rakan sebaya

PENGENALAN PRS
Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) ialah seorang murid yang telah dilatih dalam bidang kemahiran asas komunikasi dan kaunseling. Ia berfungsi sebagai seorang kawan yang berkesan kepada rakan sebaya, terutama kepada mereka yang memerlukan pertolongan. PRS tidak berfungsi untuk memberi nasihat dan menyelesaikan masalah rakan-rakan tetapi menjadi seorang pendengar yang peka kepada perasaan orang lain, berminat dan mengambil berat serta rela memberi khidmat dalam sistem sekolah.


PRINSIP PERKHIDMATAN PRS

1.    Bersedia dan rela membantu rakan yang memerlukan bantuan tanpa mengira agama, bangsa, jantina, kedudukan, perlakuan dan fizikal.
2.    Perkhidmatan Pembimbing Rakan Sebaya hendaklah dijalankan berdasarkan etika PRS .

FALSAFAH PRS

"BANTU DIRI SENDIRI DAN BANTU ORANG LAIN"

PRS harus dilengkapi dengan ilmu pengetahuan, perlakuan, perhubungan, kemahiran, kreativiti dan keimanan supaya berupaya untuk membantu orang lain.

MISI PRS
Membentuk dan melahirkan insan yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan cemerlang berdasarkan falsafah dan etika Pembimbing Rakan Sebaya.


VISI PRS
Sistem pengurusan perkhidmatan Pembimbing Rakan Sebaya yang cemerlang dan berkualiti.

MATLAMAT PRS
1.    Membina budaya kasih mesra dan saling membantu dalam kalangan murid.
2.    Membina murid yang yakin diri dan menghayati nilai-nilai murni berasaskan kepada kepercayaan kepada Tuhan.
3.    Memupuk potensi atau bakat kepimpinan dan menjadi individu yang peka, bertimbangrasa, rela, menolong dan berupaya hidup selesa dalam masyarakat majmuk.
4.    Melalui pengaruh positif dan persepaduan dalam aktiviti lain, PRS dapat memainkan peranan membantu mengurangkan masalah salahlaku dalam kalangan murid.

OBJEKTIF PRS
1.    Membina pasukan PRS yang terlatih untuk membantu rakan dari segi akademik, perlakuan, emosi dan peribadi.
2.    Memberi khidmat sokongan dalam perkhidmatan bimbingan kaunseling untuk mengisi pertambahan tuntutan dalam perkhidmatan PRS.
3.    Melatih murid dalam kemahiran asas yang membolehkan mereka berinteraksi secara berkesan dengan rakan dan individu lain.


ETIKA PRS
PRS perlu patuh pada etika berikut:

1.    Amanah dan menyimpan rahsia.
2.    Menerima dan menghormati rakan dan orang lain.
3.    Tahu batasan dan keupayaan diri.
4.    Sentiasa berusaha meningkatkan diri dari pelbagai aspek.
5.    Melapor kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa tentang kes yang boleh merosakkan diri atau orang lain.
6.    Merujuk kes kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa.
7.    Mematuhi peraturan sekolah dan norma masyarakat dan agama.

SENARAI TUGAS PRS
1.    Menjadi rakan yang peka kepada perasaan orang lain dan keadaan sekeliling.
2.    Membantu menggerakkan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah.
3.    Sebagai salah satu sumber kepada rakan untuk mendapat  bantuan.
4.    Sebagai penghubung kepada khidmat bimbingan dan kaunseling seperti membuat rujukan jika perlu.
5.    Sebagai peninjau rasa untuk membolehkan Kaunselor/Guru Bimbingan dan Kaunseling menjalankan strategi intervensi jika perlu.
6.    Sebagai Model Insan kepada pelajar lain. 
7.    Menjadi fasilitator yang bersikap terbuka, yakin dan percaya diri,  berasa selesa dan berempati.
8.    Menerima rakan secara terbuka dan tanpa syarat.
9.    Mendengar, menjelas dan membantu rakan  melihat beberapa alternatif sebelum membuat keputusan.
10.  Memberi sokongan dan galakan untuk rakan mengambil langkah positif.
11.  Mematuhi etika kerahsiaan.
12.  Menyedari bahawa bukan semua masalah boleh diatasi.
13.  Berbincang dan membantu rakan yang menghadapi masalah biasa/normal.
14.  Memimpin rakan melihat masalah dengan objektif dan mengalakkannya mencari 
15.  Menjalankan program membantu sambil mempengaruhi rakan lain supaya melibatkan diri.
Mengutamakan kesejahteraan diri dan memahami batasan diri untuk membantu.

Monday, 25 April 2016

Ceramah PPDa daripada wakil Penjara Pokok Sena

Ceramah PPDa
daripada 
Wakil Penjara Pokok Sena

"Dadah membawa padah"

Tarikh : 30 Mac 2016
Hari : Khamis
Masa : 1.30 ptg - 3.00 ptg
Tempat : Dewan terbuka SK Sungai Korok Lama

Objektif
i.  Meningkatkan  kesedaran kepada pelajar tentang bahaya mengambil dan menggunakan bahan terlarang ini.
ii.      Memberi pengetahuan umum kepada warga sekolah tentang bahan terlarang ini.
iii.   Mendidik remaja khususnya para pelajar mengawal diri dari mengambil bahan terlarang ini untuk keseronokan.
iv.    Menanam sikap benci rokok/dadah.
v.      Mewujudkan gaya hidup sihat tanpa rokok, dadah dan bahan terlarang.
vi.    Supaya pelajar faham bahawa penyalahgunaan bahan terlarang ini menjadi punca keruntuhan akhlak remaja dan satu ancaman keselamatan pada hari ini dan akan datang.












Pameran bilik PPDa SK Sungai Korok Lama

Pameran Bilik PPDa Sk Sungai Korok Lama
& kerjasama daripada
Pihak Penjara Pokok Sena, Kedah


Tarikh : 30 Mac 2016
Hari : Rabu












Monday, 18 April 2016

Personaliti diri berdasarkan buah-buahan

ingin kenali personaliti diri berdasarkan buah-buahan?

klik sini

Personaliti diri berdasarkan corak

Ingin kenali personaliti diri berdasarkan corak?

klik sini

Personaliti diri berdasarkan gambar pokok

dikongsi daripada blog dunia itu sfera


|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

Nombor 1
Anda seorang yang pemurah dan bermoral. Anda selalu berusaha membaiki diri. Bercita-cita besar dan mempunyai standard yang tinggi. Orang lain mungkin merasakan susah berkomunikasi dengan anda, tetapi bagi anda, sebenarnya susah untuk anda menjadi diri sendiri. Anda bekerja dengan sangat kuat tetapi tidak mementingkan diri. Anda bekerja kerana anda ingin mengubah dunia. Anda berkemampuan untuk mencintai orang sehingga mereka menyakiti anda. Sekalipun demikian, anda akan masih menyintainya. Hanya sedikit orang yang dapat menghargai segala yang anda lakukan. 

Nombor 2
Anda seorang yang menyeronokkan dan jujur. Anda sangat bertanggungjawab dan suka menjaga orang lain. Anda percaya bahawa kita perlu sentiasa bersikap jujur dalam setiap pekerjaan. Anda mempunyai personaliti yang baik dan orang akan cepat mempercayai anda. Anda juga bijak serta cepat berfikir. Sentiasa ada cerita menarik untuk anda kongsikan.

Nombor 3
Anda seorang yang bijak dan suka berfikir. Anda adalah pemikir yang hebat. Bagi anda, akal fikiran dan idea adalah sangat penting. Anda suka berfikir mengenai teori dan pandangan anda berseorangan. Anda juga jenis orang yang introvert. Anda hanya dapat menyesuaikan diri dengan orang yang suka berfikir dan belajar seperti anda. Anda juga banyak berfikir tentang moraliti. Sentiasa cuba melakukan yang elok pada fikiran anda, sekalipun majoriti menentang anda.

Nombor 4
Anda seorang yang perseptif dan berfalsafah. Anda unik dan berbeza dengan orang lain. Anda juga seorang yang mengikut naluri dan aneh sedikit. Selalu disalahanggap oleh orang lain, dan ianya menyakitkan hati anda. Anda perlukan ruang untuk diri anda. Kreativiti anda perlu diasah, dan ianya memerlukan anda menghormati orang lain. Anda adalah orang yang dapat melihat baik dan buruk dalam hidup dengan jelas. Anda sangat emosional.

Nombor 5
Anda jenis yang yakin dan menguasai keadaan. Anda sangat berdikari. Prinsip hidup anda 'Saua akan lakukan dengan cara saya'. Anda seorang yang bergantung pada diri sendiri dan tahu bagaimana untuk menjadi tabah pada diri sendiri dan orang yang anda cintai. Anda cukup tahu apa yang anda nak dan anda tidak takut untuk mengejar impian anda. Satu perkara yang anda perlukan dari orang lain ialah kejujuran. Anda juga cukup kuat untuk menerima kebenaran. 

Nombor 6
Anda seorang yan baik dan sensitif. Orang lain cepat dapat bergaul dengan anda. Anda mempunyai ramai rakan dan suka membantu mereka. Anda mempunyai aura yang baik sehingga semua orang gembira untuk berada di sisi anda. Setiap hari, anda memikirkan cara memperbaiki diri untuk menjadi lebih baik. Anda mahu menjadi lebih menarik, tersendiri dan unik. Lebih daripada orang lain di dunia, anda sangat memerlukan cinta. Malah termasuk mencintai orang yang tidak mencintai anda.

Nombor 7
Anda seorang yang ceria dan sentiasa gembira. Anda sangat sensitif tetapi juga sangat memahami. Anda pendengar yang baik dan tahu untuk tidak bersikap menyebelahi sesiapa. Anda lebih terbuka dengan orang yang baru anda kenali dan di majlis-majlis. Anda sangat kebal daripada stress dan sangat jarang untuk merasa bimbang. Kebiasaaannya, anda sentiasa relaks. Anda sentiasa ada masa untuk berseronok dan tidak hilang tujuan.

Nombor 8
Anda seorang yang menawan dan bertenaga. Anda seorang yang menyeronokkan dan tahu untuk membuatkan orang ketawa. Anda sentiasa tenang dan selesa menjalani kehidupan anda. Anda seorang spontan dan enthusiastic. Tidak pernah mengatakan tidak kepada cabaran baru. Biasanya anda akan mengejutkan orang sekeliling anda pada akhirnya. Tetapi, itulah anda. Sentiasa menjadi diri sendiri. Mempunyai banyak minat dan jika menunjukkan minat pada sesuatu, anda akan cuba buat dengan sebaik mungkin.

Nombor 9
Anda seorang yang optimistik dan bernasib baik. Anda percaya bahawa hidup adalah satu anugerah dan sentiasa cuba untuk mencapai sebanyak mungkin dan meletakkan anugerah ini pada tempat yang sepatutnya. Anda sangat bangga dengan pencapaian anda. Anda juga sentiasa bersedia untuk setia dengan orang yang anda sayang. Anda mempunyai pendekatan hidup yang sihat. Anda gunakan sebarang peluang untuk memaafkan, terus belajar dan membesar kerana anda percaya hidup adalah terlalu pendek untuk membiarkan ianya berlalu begitu sahaja.